***Status Terkini***

***ORDER DITUTUP HINGGA APRIL 2011***

Fuhh akhirnya siap pindah semua barang, ok boleh mula mengait sikit2..pada yang order harap dapat sabar skit lagi ek, saya cuba buat cepat2 huhuh, thanks pada semua yang memahami, sayang semua ~(^_^)~

Rabu, 26 Januari 2011

Rabu, 19 Januari 2011

Purple Shades Giveaway


Di sebabkan dah petang2 dah lewat masih di ofis. So amik kesempatan join GA dari Purple Shades.

Kenapa saya suka felt craft.

Sebab saya memang suke Kraft dan Felt Craft ni plak tak susah nak membuatnya. Paling suke buat felt purse & felt love keychain lepas tu campur sekali ngan elemen2 crochet. Memang rasa ala comel je hihihi. 
Tu kalau menang GA Purple Shades ni memang la best sangat. Dapat felt limited edition tu lagi best. kan kan..

Ok pada kawan-kawan yang nak join GA ni boleh klik kat gambar. 
GA berakhir pada 27hb Jan 2011.

New Headband

Malam tadi, sambil2 buat order rubi sebab dah byk sgt kait bunga so bosan la kan..sempatla siapkan headband ni dalam mase lebih kurang sejam setengah.

Diameter headband ni 14 inci & boleh memeri sehingga +-16 inci. Headband ni takde butang ye. So pada yang nak order kena bagi ukuran kepala dan saya akan buat kurang 1 inci dari ukuran yang diberi supaya tak longgar bila di pakai.

Ready Stok ni saya nak jual pada harga RM15 termasuk postage pos express.

Sapa nak boleh email ke :-

yatscollection@gmail.com

Owh yang ni sesuai untuk kanak2 berumur 2 hingga 4 tahun


Kakak iqah sebagai model. =)



p/s : order Ruby dah hampir siap insyaallah isnin akak pos ye..=) 

Khamis, 13 Januari 2011

'Chayo Rubi'


Yeyyyy semalam parcel dari Rubi dah sampai dengan selamatnya..nak tau ada apa dalam ni?

Jeng jeng..
.
.
.
.
.

Ni dia Key chain kasut baby yg comel
+
Kain ela 4 meter..cantik akak suke..=) ni yang lucky je dpt tau..hihih

Haa mesti tertanya2 kan napa dapat hadiah, yelah hari tu ada join GA rubi, sapa jd follower rubi dapat la hadiah tu. Pastu alhamdulillah dapat plak hadiah extra kain tu, sronok tak terkata, yela 1st time dapat hadiah GA ni..mau tak seronok.

Dapat2 je keychain tu terus buh kat kunci, comel je 

Betul tak comel =)

Nak tau..kasut tu siap ada pelekat tau..rajin betul lah rubi ni..

Tengok, 

Pada rubi, akak doakan moga rubi berjaya dengan bisness craft ni ye, sama2 kite usaha untuk buat yang terbaik.

Akak percaya rubi bleh berjaya, jahitan pun kemas & rubi ada kesungguhan.

Akhir kata, Terima Kasih ye rubi =)

Pada sesiapa yang nak order felt craft dari rubi bleh la singgah blog rubi ye..




Order Rina : Crochet Snow Cap


Ok ni sebenarnya order dari my big bro. Tapi sebab die dok kat kampung sekali ngan my sis kira dok rumah family la kan so saya satukan jela order die..Tapi lambat skit siap yela ni adult punya topi..Harap-harap muat la ye. :D

p/s : baru pos tadi, esok sampai la tu ye.

Selasa, 11 Januari 2011

Order Rina : Crochet Camera Pouch


Ni order dari kakakku di kampung, nak tali panjang skit sebab nak gantung kat bahu katenye. Ni nanti orang balik kampung orang bawak ye.

Ada lagi satu snow cap order dari abang kat kampung juge, on progress..nanti dah siap akan letak kat sini juge..tunggu..insyaallah malam ni dah bleh siap.

Tapi tu pun kalau tak tido awal..yela agak tak sihat hari ni, tengah selsema n sakit tekak.

Takpela..sakit sikit2 ni org kate penghapus dosa kecil, bagi kite beringat kan..

Isnin, 10 Januari 2011

Order Nadiah : PVC sheet hp pouch


Nadiah ni officemate saya, kitorang b'dua je perempuan kat office tu, yang lain semua lelaki. Jadi agak bosan bile die takde..huhu..

Thanks Nadia sudi order ngan kak yati. =)

Hadiah untuk pemenang Yats 1st Giveaway


Cuti weekend semalam sempatla siapkan hadiah untuk Yat's 1st giveaway. Pada yang nak  join jom singgah ke Yat's Stories. Giveaway berlangsung sehingga 10 Febuary 2011.



Jumaat, 7 Januari 2011

Untuk di jual Baby Hat Size 9 - 12 month.

Saya nak jual Baby Hat ni dengan harga RM20 termasuk postage.

Sesiapa yang nak email ke yatscollection@gmail.com

atau sms 012-393 6331

no booking yek.. 

TQ,






Khamis, 6 Januari 2011

Order Bai - Crochet Hard Disk Cover


Order dari Bai,

Thanks Bai.


Bahagian dalam berlining.


Bunga & Rama-rama untuk menambah seri.. =) 


Rabu, 5 Januari 2011

Order Kak Raihan - Crochet Tote Bag & Crochet Coin Purse


Order Tote Bag dari kak raihan untuk sahabatnya Syila, untung kawan akak tu ada kawan yang murah hati.
Sebenarnya kak raihan nak order laptop bag tapi tak tau laptop kawan tu berapa ukurannya. Jadi buat jela crochet Tote Bag ni boleh buat isi benda2 lain gak..muat buku saiz A4 tu. Pastu lebar jugak ni macam2 la boleh isi. =


Bahagian dalam berlining.


Ada name tag hihih..

Lagi satu hadiah tuk kawan kak raihan ni juga adalh coin purse.


p/s : coin purse bahagian dalam saya tak lining ye.



Crochet Hat for Boy / Topi kait untuk anak lelaki


Request dari kawan Baizura & seseorang dengan email penawar nak tengok contoh crochet untuk anak lelaki. Saya buat yang simple sahaja =)

 saiz tuk umur setahun, model muke masam sebab tak suke pakai topi haihh..sabar jela..


tengokla masam je muke tu..umpan bagi pegang handphone baru la leh tangkap gambar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Best Blogger TipsBest Blogger Tips